counter Wolf Alice lancar lagu baru ‘White Horses’ menjelang album keempat, The Clearing – Forsething

Wolf Alice lancar lagu baru ‘White Horses’ menjelang album keempat, The Clearing

Band rock alternatif dari North London, Wolf Alice, menghangatkan lagi penantian terhadap album keempat mereka The Clearing dengan pelancaran lagu terbaru berjudul White Horses, yang turut mendapat sorotan eksklusif dalam Apple New Music Daily.

Lagu ini mencipta kelainan apabila menampilkan pemain dram, Joel Amey, sebagai vokalis utama buat kali pertama sebelum berduet harmoni bersama vokalis Ellie Rowsell. White Horses merupakan satu-satunya lagu dalam album baru itu yang dibina berdasarkan lirik ringkas yang ditulis Joel ketika dalam perjalanan menaiki kereta bersama keluarganya, satu momen peribadi yang kemudian berkembang menjadi refleksi terhadap pencarian identiti diri dan makna keluarga.

“Saya diinspirasikan oleh bentuk sonik dalam album ini – akustik besar, harmoni ketara – lalu saya cuba gabungkan dengan rentak krautrock yang mendesak,” ujar Joel. Liriknya turut menyentuh isu warisan keluarga, memandangkan ibu dan ibu saudaranya merupakan anak angkat dan hanya mula mengetahui asal-usul mereka baru-baru ini.

Secara muzikal, White Horses menggabungkan elemen psychedelic dan rock era 70-an, dengan pengaruh muzik tarian trippy. Lagu ini membina crescendo yang kuat dengan baris lirik puitis: “Know who I am that’s important to me / Do what I can to see the wood from the trees.”

Lagu ini hadir selepas dua single terdahulu, Bloom Baby Bloom dan The Sofa, yang dilancarkan sejurus selepas kemunculan semula Wolf Alice di pentas The Other Stage di Glastonbury. Persembahan tersebut menggabungkan lagu-lagu klasik seperti Bros dan Don’t Delete The Kisses dengan karya baru, memperlihatkan kekuatan dan kematangan band ini dalam fasa terkininya.

Album The Clearing ditulis di Seven Sisters dan dirakam di Los Angeles bersama penerbit pemenang Grammy, Greg Kurstin. Album ini dijadualkan untuk dilancarkan pada 22 Ogos 2025, dan menandakan evolusi sonik Wolf Alice sebagai sebuah kumpulan yang kini berdiri teguh sebagai suara generasi.

Sejak kemunculan mereka pada 2013, Wolf Alice telah berkembang daripada band remaja kepada kumpulan ikonik yang menggambarkan pengalaman hidup dengan penuh emosi dan kedalaman. Album pertama mereka My Love Is Coolmendapat pencalonan Grammy menerusi lagu Moaning Lisa Smile, manakala album kedua Visions of a Life memenangi Mercury Music Prize pada 2018. Album ketiga Blue Weekend pula mencapai tangga pertama carta UK dan memenangi Brit Award untuk Kumpulan Terbaik.

Kini dengan The Clearing, Wolf Alice meneroka sisi baru kehidupan pasca 20-an, satu refleksi tentang cinta, kehilangan dan kejelasan jiwa sambil mengekalkan semangat bebas yang menjadi identiti mereka sejak awal. Jika Fleetwood Mac menulis album di London hari ini, barangkali inilah hasilnya – sebuah karya moden yang berakar dari sejarah tetapi ditanam kukuh dalam realiti semasa.

Pra-pesan album The Clearing

Album The Clearing akan memuatkan 12 trek:

  1. Thorns
  2. Bloom Baby Bloom
  3. Just Two Girls
  4. Leaning Against The Wall
  5. Passenger Seat
  6. Play It Out
  7. Bread Butter Tea Sugar
  8. Safe in the World
  9. Midnight Song
  10. White Horses
  11. The Sofa

About admin