Petaling Jaya, Sabtu, 15 November 2025 – Acara eksklusif Ford Petaling Jaya dan pra pelancaran varian baharu Ford Ranger Raptor berlangsung di bilik pameran Ford Petaling Jaya pagi tadi, disertai tetamu kehormat termasuk rakan media, pemain industri serta pelanggan setia Ford bersama keluarga.

Jenama Ford terus mendapat tempat di hati rakyat Malaysia, daripada kereta penumpang era 70-an dan 80-an hinggalah kepada model Ranger, Escape dan Everest yang lebih moden, yang terkenal dengan kualiti, keselamatan dan prestasi.
Dalam ucapan pembukaan, Pengarah Urusan Kam Lung Motor Group Sdn Bhd, Peter Goh, mengumumkan secara rasmi pertukaran pengurusan Ford Petaling Jaya daripada Sime Darby Auto Connexion Sdn Bhd kepada Kam Lung Motor Group Sdn Bhd.

“Hari ini adalah detik penting, bukan sahaja untuk Ford PJ, tetapi untuk seluruh Kam Lung Motor Group (HK) Ltd, ketika kami menanam ‘bendera’ pertama kami di Malaysia,” kata Goh.
Beliau menjelaskan bahawa Kam Lung telah lebih 40 tahun mengukuhkan industri automotif di Greater China, meliputi Hong Kong, Macau dan Taiwan melalui perkhidmatan berkualiti serta rangkaian 36 fasiliti dan 14 jenama automotif, disokong lebih 2,300 kakitangan. Kumpulan itu kini mempunyai lebih 260,000 pelanggan aktif dan mencatatkan perolehan sekitar AS$2 bilion.

Kam Lung Motor Group (KLM), ditubuhkan pada 1983 di Hong Kong, merupakan pengedar utama pelbagai jenama mewah dan arus perdana di rantau tersebut, dengan lebih 30 pusat 4S serta jualan tahunan sekitar 25,000 unit kenderaan dan perkhidmatan selepas jualan untuk hampir 260,000 kenderaan.
“Misi kami di sini mudah tetapi berani, menjadikan Ford PJ destinasi automotif pilihan di Lembah Klang, dengan layanan pelanggan yang dinamik dan bertenaga seperti sebuah Ford Ranger,” ujar Goh.
Beliau turut berterima kasih kepada Sime Darby Auto Connexion atas kerja cemerlang menguruskan Ford sebelum ini, dan menambah bahawa KLM akan menaik taraf sepenuhnya fasiliti tersebut bagi mewujudkan ruang moden berpusatkan pelanggan.
Goh juga berkongsi kenangan peribadi, menyatakan bahawa kereta pertamanya ialah Ford Anglia yang dibelinya ketika belajar di UK pada 1974 – model klasik yang turut muncul dalam filem Harry Potter. “Kereta itu memulakan minat saya terhadap rekaan dan kualiti Ford,” katanya.

Mengulas pelancaran model baharu, Goh menyifatkan Ranger sebagai pikap paling bergaya di jalan raya, khususnya varian Raptor yang dianggap “tegap, atletik dan penuh karakter.” Beliau kemudian memperkenalkan Ford Ranger Raptor Sport 3.0L V6 Ecoboost 4WD 10AT, model Ranger Raptor paling canggih setakat ini.
Varian baharu ini hadir dengan enjin 3.0L V6 Twin Turbo Ecoboost berprestasi tinggi, rim gaya Beadlock 17 inci, pelekat Raptor Sport dan Sport Hoop. Harga jualan yang diluluskan ialah RM273,888.
Sempena pelancaran ini, KLM menawarkan manfaat eksklusif:
- Rebat sehingga RM3,000 dan satu servis percuma (untuk tempahan 15–30 November 2025)
Untuk pelanggan sedia ada: - Diskaun 50% untuk minyak enjin, penapis minyak dan upah kerja (tertakluk terma)
Tambahan lain: - Rakan bank hadir di lokasi untuk kelulusan pinjaman segera
- Barangan Ford percuma selagi stok masih ada

Bagi memeriahkan hujung minggu, KLM turut menyediakan Family Fun Zone dengan aktiviti kanak-kanak, permainan dan pertandingan mewarna kerana percaya pengalaman Ford wajar dinikmati seisi keluarga.
KLM merakamkan penghargaan kepada pelanggan sedia ada atas kesetiaan mereka, dan berjanji meningkatkan lagi pengalaman pemilikan di bawah pengurusan baharu. Bagi mereka yang mempertimbangkan untuk menyertai keluarga Ford, inilah masa terbaik.
“Acara ini bukan sekadar pelancaran lembut – ia menandakan permulaan bab baharu ketika Kam Lung Motor Group membawa legasi kecemerlangannya ke Malaysia dengan komitmen terhadap perkhidmatan unggul, hubungan bermakna dan keterlibatan komuniti,” kata Goh menutup majlis.