Buat julung kalinya, band rock dari Amerika Syarikat, Papa Roach, akan membawa siri konsert jelajah “Rise of the Roach” ke Idea Live Arena, Kuala Lumpur pada 29 Mac 2026. Kumpulan yang ditubuhkan pada tahun 1993 di Vacaville, California ini akhirnya mendarat di Malaysia untuk memberikan persembahan yang pasti akan menggetarkan jiwa peminat muzik rock tempatan.

Papa Roach cukup terkenal dengan lagu ikonik “Last Resort” daripada album Infest yang menjadi lagu tema buat generasi nu-metal. Lagu tersebut bukan sahaja melonjakkan nama mereka ke persada dunia, malah dihormati kerana liriknya yang berani menyentuh isu kesihatan mental dan perjuangan hidup yang sangat dekat dengan hati peminat sehingga ke hari ini.


Jangan lepaskan peluang menyaksikan Jacoby Shaddix dan rakan-rakan beraksi secara langsung. Tiket akan mula dijual pada 28 Januari 2026, jam 12:00 tengah hari. Layari laman web HITMAN SOLUTIONS untuk maklumat lanjut dan pembelian tiket.