counter ulasan : Micheal learns TO rock encore gretest hit tour malaysia – Forsething

ulasan : Micheal learns TO rock encore gretest hit tour malaysia

Impressive. 

Ahad 9 November 2025, Kita berkunjung lagi ke Arena Of Stars, Resort World Genting Highland bagi menyaksikan konsert band pop rock  terkemuka Dari Denmark, Micheal Learns To Rock MLTR  yang dalam rangka tour Encore All The Hits jelajah Asia. Petang yang dingin berkabus dipenuhi penggemar MLTR dari serata pelusuk negara setia menunggu dari jam 4.00 petang bagi meyaksikan pop band pujaan mereka dari era 90an.

MLTR dianggotai Jascha Richter, Mikkei Lentz dan Kare Wanscher sememangnya sudah selesa di Kuala Lumpur kerana MLTR sudah beberapa kali berkunjung ke KL sejak dari awal karier muzik mereka. Rata-rata yang datang sudah “standby” untuk singalong bersama lagu-lagu hits  romantis MLTR yang sentiasa menemani mereka dari era remaja sekitar awal 90an hingga kini.

Someday, lagu yang sangat familiar membuka tirai persembahan membawa kita kembali ke era muzik penuh hits, era kaset Megahit dan di mana CD  dan hifi merupakan sesuatu yang agak mewah. Penonton terus menyahut dengan singalong Sleeping Child setiap bait lirik, dengan senyuman puas di setiap wajah mereka. Ya, malam ini bakal menjadi satu memori indah buat yang menonton.

Suasana yang nyaman dan arena yang dilimpahi dengan penataan lampu, video dan bunyi yang sangat baik memberi mood untuk terus menghayati mengimbau masa-masa lalu bersama lagu-lagu MLTR ini. Tidak keterlaluan jika saya katakan sistem bunyi yang ada pada malam itu sangat membantu dan jelas.

Segmen akustik yang sangat memorable. Audiens bertenang sebentar, ada yang tersenyum menimbau kenangan lama apabila I’m gonna Be Around di mainkan dan disusuli dengan Out Of The Blue kemudian Nothing To Loose. Personally, segmen akustik ini sangat berkesan, terasa sangat dekat di hati peminat.

25 Minutes membuka segmen seterusnya, lebih energetik dan semua audiens singalong bersama di chorus yang sangat familiar di corong-corong radio semenjak 30 tahun yang lalu. Disusuli pula dengan hits evergreen seperti The Actor, Breaking My Heart, You Took My Heart Away dan Paint My Love menjadi malam itu sebagai malam hadiah istimewa Greatest Hits MLTR kepada peminat setia mereka dari era 90an.

Tidak dinafikan MLTR ini mempunyai fanbase yang sangat setia di Kuala Lumpur, dan di Asia. Kelebihan mereka ialah MLTR faham tentang budaya, irama senilagu dan lirik puitis cinta yang mudah untuk singalong dan selesa untuk dijadikan pilihan di Karaoke Box kegemaran penduduk Asia.

Persembahan di akhiri dengan hits mereka Take Me To Your Heart dan juga hits awal mereka Paint My Love. Tahniah penganjur MMIC Entertainment Group juga JS Concert Productions, satu konsert yang sangat sukses dengan 4000 peminat “setia” MLTR, ianya satu malam yang romantis dan aku jujurnya akan sentiasa singalong dengan hits MLTR.

Two thumbs up!!

About admin