KUALA LUMPUR, 11 Jun 2025 – Aksi bola sepak kembali memeriahkan suasana apabila jenama penjagaan kesihatan terkenal, Tiger Balm, menganjurkan kejohanan futsal Legendary Together 3v3 selama lima hari bermula 11 hingga 15 Jun 2025 bertempat di MyTOWN Shopping Centre, Kuala Lumpur.
Dianjurkan sebagai satu platform untuk menyatukan rakyat Malaysia melalui semangat kesukanan, kejohanan ini terbuka kepada semua lapisan masyarakat yang meminati sukan bola sepak. Dengan format permainan 3 lawan 3, peserta hanya perlu membentuk pasukan bersama dua lagi rakan atau ahli keluarga untuk menguji kemahiran di gelanggang serta mencipta pengalaman yang penuh aksi dan kenangan.

Tiger Balm melihat inisiatif ini sebagai peluang untuk memupuk gaya hidup sihat dan aktif, selain menonjolkan bakat-bakat tempatan dalam suasana yang kompetitif namun mesra. Lebih menarik, pasukan juara kejohanan bakal membawa pulang hadiah utama berupa percutian lima hari tiga malam ke Munich, Jerman, lengkap dengan pengalaman menyaksikan perlawanan kelab gergasi Eropah, FC Bayern Munich secara langsung di Allianz Arena.
Majlis pelancaran kejohanan dan pendedahan trofi telah diserikan dengan kehadiran beberapa legenda bola sepak negara seperti Datuk Zainal Abidin Hassan, Datuk Soh Chin Ann, Datuk Santokh Singh, Khairul Fahmi Che Mat dan Zaquan Adha. Turut hadir ialah Yvonne Teh, Pengurus Negara, Haw Par Malaysia, dan Caryne Au, Pengurus Besar Kanan, Farmaseutikal & Kesihatan Pengguna, DKSH Malaysia Sdn. Bhd.

Selain menyaksikan perlawanan futsal yang mendebarkan, pengunjung juga berpeluang menyertai pelbagai aktiviti sampingan termasuk cabaran interaktif, sudut bergambar eksklusif serta menikmati promosi dan hadiah menarik daripada Tiger Balm.

Sebagai jenama yang telah dipercayai lebih satu abad, Tiger Balm terus komited dalam membantu masyarakat menangani masalah sakit otot dan sendi menerusi produk berasaskan ramuan herba semula jadi. Barisan produknya termasuk plaster hidrogel, gel pra dan pasca senaman, krim serta balsem sapuan sesuai digunakan oleh atlet profesional mahupun pengguna harian.
Untuk maklumat lanjut serta perkembangan semasa mengenai kejohanan, orang ramai boleh mengikuti saluran media sosial rasmi Tiger Balm.