counter Cat Farish Perkenal Alter Ego ‘Si Penghulu’ Dalam Single Terbaru Jandanyer Yeah Yeah – Forsething

Cat Farish Perkenal Alter Ego ‘Si Penghulu’ Dalam Single Terbaru Jandanyer Yeah Yeah

Cat Farish tampil dengan alter ego baharu bernama Si Penghulu menerusi single Jandanyer Yeah Yeah, hasil kolaborasi bersama isterinya, Shikin Maembong. Lagu hip hop berunsur afrobeat ini sarat dengan identiti rakyat Perak dan membawa mesej penghargaan buat semua wanita bergelar janda yang bangkit dengan semangat dan keyakinan selepas perpisahan.

Ditulis oleh Cat Farish bersama Illegal dan dirakam di Platinum Studio, Damansara Perdana, lagu ini diterbit serta diedar oleh Luncai Emas Sdn Bhd.

Dengarkan Jandanyer Yeah Yeah oleh Si Penghulu (Cat Farish) & Shikin Maembong di semua platform digital dan saluran YouTube rasmi Luncai Emas bermula 22 Ogos 2025.

Persona Si Penghulu, yang menampilkan gaya bahasa dan loghat Perak, mula diperkenalkan ketika kolaborasi Cat bersama Malique menerusi lagu Ok, dan kini menjadi wadah untuk menyalurkan karya hip hop berjiwa tempatan dengan gaya yang segar dan bersahaja.

About admin